Update [Video Tun Mahathir~ Video Penuh Ucapan Program Bersama Rakyat KELANTAN & War Room, 'Veteran UMNO Dipecat'] Tiada 'penjara' dapat sekat keputusan, kata Hamid Albar. >> Berita Malay 18

Ahad, 6 Mei 2018

Tiada 'penjara' dapat sekat keputusan, kata Hamid Albar

Sebarang tindakan seperti amaran atau 'buang' tidak akan dapat mengubah mereka yang sudah membuat keputusan apatah lagi tinggal beberapa hari lagi menjelang PRU ke-14, kata bekas menteri Syed Hamid Albar.
"Sekarang untuk bagi amaran ke, buang ke...(mereka) tidak peduli atau takut. Mereka sudah membuat ketetapan...Kini soal hati dan akal.
"Tiada penjara yang dapat menyekat keputusan," katanya di Twitter hari ini.
Syed Hamid tidak merujuk mana-mana pihak secara jelas tetapi ia dibuat sehari selepas tiga tokoh Umno dikenakan tindakan disiplin kerana dilihat menentang parti itu.
Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata parti itu memutuskan untuk membuang Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz, serta menyiasat Tan Sri Rais Yatim.
Selain Daim, Rafidah, Rais dan bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, Syed Hamid boleh dianggap veteran Umno terbaru yang dilihat bertentangan dengan kepimpinan semasa parti itu.
Sekarang untuk bagi amaran ke, buang ke orang yang dah buat keputusan tidak peduli atau takut. Mereka sudah membuat ketetapan...kini soal hati dan akal.,,. Tiada penjara dapat menyekat keputusan.
Most important in democracy is rule of law & to exercise freedom without fear or intimidation. On 9th May all Malaysians will decide their future where all the races feel one. Choose leaders with credibility, integrity & accountability. Vote wisely to change with our hearts

Subscribe to receive free email updates: