Update [Video Ribuan tunggu Daim di Ayer Hitam] Najib mungkin guna MKN & jika "Dia akan larikan diri. (Kita kena) heret dia balik untuk dibicarakan menurut undang-undang," kata peguam. >> Berita Malay 18

Ahad, 6 Mei 2018

Najib mungkin guna MKN, kata peguam


Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla memberi amaran kepada orang ramai mengenai dakwaan kemungkinan empat senario yang berbeza yang boleh dilakukan oleh perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum yang bakal berlangsung dalam masa empat hari lagi, pada Rabu ini.
Haniff berkata Najib mahu mengelakkan jangkaan apa yang dipanggil sebagai 'tsunami Malaysia' bagi memastikan BN dan Najib terus menang dan kekal berkuasa.
Ketika berceramah di Kluang, Johor malam tadi, Haniff memberi amaran Najib boleh menggunakan cara penipuan untuk menang pilihan raya dengan kemungkinan menggunakan pengundi hantu.
"Kita boleh lawan (penipuan) dengan (keluar) undi awal-awal supaya dapat 80 peratus (keluar mengundi) dan kita elak undi hantu," katanya.
Peringatan serupa turut dibuat calon-calon Pakatan Harapan (HARAPAN) termasuk Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyeru pengundi keluar awal mengundi supaya dapat mengelakkan penipuan.
Haniff juga mendakwa sehari-dua menjelang pilihan raya, Najib boleh menggunakan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengundang kontroversi pada 2016.
"Dia boleh isytihar mana-mana tempat sebagai darurat, guna bantuan polis dan angkatan tentera," kata peguam Dr Mahathir Mohamad itu lagi.
Beliau mengingatkan Akta MKN ialah salah satu undang-undang yang tidak mendapat perkenan Yang diPertuan Agong tetapi diluluskan selepas 30 hari.
Bagaimanapun, beliau terharu dan menyambut baik kenyataan yang dibuat Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin (gambar) dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Fuzi Harun yang memberitahu anggotanya boleh mengundi secara bebas.
Haniff mendakwa hal ini menunjukkan tentera dan polis tidak bersama Najib tetapi bersama dengan Agong dan rakyat.
Haniff juga berkata jika Najib merasakan tekanan terlalu hebat, beliau boleh mengumumkan meletak jawatan sebagai perdana menteri sementara, sehari-dua sebelum pilihan raya umum ini.
Beliau menjelaskan senario keempat yang didakwa boleh digunakan Najib adalah melarikan diri kira-kira sejam atau dua jam selepas melihat keputusan pilihan raya.
"Dia akan larikan diri. (Kita kena) heret dia balik untuk dibicarakan menurut undang-undang," katanya.

Subscribe to receive free email updates: