Update Janji 16 Manifesto PH Dimungkiri, Apa yang Nak Dihairankan, Bukan Janji Ini Saja Dicapati >> Berita Malay 18


Pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat dari bukan kalangan Ahli Parlimen adalah bercanggah dengan janji yang dibuat dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu. Janji 16 dalam manifesto PH janji utk lantik Speaker dari kalangan ahli Dewan.

Untuk makluman, Yang Di Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof baru meletakkan jawatan sebagai Ketua Jawatankuasa Disiplin Parti PAN berkuatkuasa 1 Julai. Namun, Datuk Ariff masih ahli parti PAN hingga ke hari ini. Beliau juga bukan seorang Ahli Parlimen.

Ini bukan soal bangkang dengan bijak atau tidak. Ini soal bila PH berjanji untuk melakukan reformasi institusi, mereka seharusnya mengotakannya. Sayangnya, hasilnya tetap dengan melantik ahli parti sendiri. Pelantikan TS Pandikar Amin Mulia (ahli UMNO biasa) dalam Kerajaan BN sebelum ini dikritik hebat kononnya bias dan tidak adil. Jadi dengan perlantikan Datuk Mohamasa Ariff yang juga ahli PAN, tidak ada bezalah dulu dan sekarang.

Kesimpulannya, 'so what'? Bukan ini saja janji-janji yang Pakatan Harapan telah nodai.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :