Kerajaan negeri akan menyediakan lot tapak rumah atau pembinaan kediaman kepada penduduk kampung bagi memastikan masyarakat luar bandar mempunyai tempat tinggal selesa.
Bagaimanapun, agihan berkenaan turut mengambil kira kelayakan khususnya kepada generasi kedua.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli, Dato' Abd Aziz Mat Kiram berkata, pihaknya sudah meminta pemimpin semua kampung menyenaraikan kawasan rizab untuk tujuan berkenaan.
“Sepertimana rizab tanah Felda disediakan untuk generasi kedua Felda, kita mahu rizab kampung ini diberikan kepada generasi kedua kampung bagi memastikan mereka hidup lebih selesa.
“Kita sedang menyusun sama ada menyediakan lot tapak rumah atau pembinaan rumah kepada generasi kedua ini,” katanya pada majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Adun Batu Talam dan penyerahan sumbangan kepada golongan warga emas di perkarangan Masjid Batu Talam di sini, kelmarin.
Pada majlis itu seramai 160 warga emas menerima sumbangan barangan keperluan daripada Umno bahagian Raub.
Dalam pada itu Abd Aziz berkata, pihaknya akan memberi keutamaan kepada generasi kedua yang mempunyai keluarga dan memerlukan sebuah rumah sendiri.
“Mungkin ada antara mereka yang boleh membuat pinjaman bank boleh dimasukkan dalam program rumah generasi kedua tetapi yang tidak berkelayakan membuat pinjaman boleh membina rumah di tanah lot,” katanya.
Pada majlis sama Abd Aziz turut menyebut infrastruktur di kawasan Orang Asli tetap diutamakan.
Tambahnya, pihaknya akan melibatkan Orang Asli dalam pelbagai program yang boleh menjana pendapatan mereka dari semasa ke semasa.
Related Posts :
Update DASAR PH TIDAK REALISTIK, PEMIMPIN DISELIPUTI ISU INTEGRITI... JANGAN SALAHKAN RAKYAT >> Berita Malay 18
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin amat berharap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melihat dan menerima deng… Read More...
Update Iklan 'Diploma In Nursing' Membuktikan Melayu Merempat Di Negeri Sendiri >> Berita Malay 18
Sekiranya anda ada darah Cina, India, Siam dan beragama Kristian, kemasukan anda ke program 'Diploma In Nursing' yang ditaja 100% melal… Read More...
Update DASAR PH TIDAK REALISTIK, PEMIMPIN DISELIPUTI ISU INTEGRITI... JANGAN SALAHKAN RAKYAT >> Berita Malay 18
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin amat berharap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melihat dan menerima deng… Read More...
Update [Video Mahkamah Persekutuan arah pilihan raya di kerusi DUN Rantau] 'Blogger Jahat' Kaki kuat fitnah ni dulu keje bhgian perisik mindef? BN bohong wajib demi maslahat umat bani BN dan PAS! Punggah, punggah.. >> Berita Malay 18Isnin, 18 Februari 2019
Otai BERSIH
Kaki kuat fitnah ni dulu keje bhgian perisik mindef... skrg dia berada di luar negara belajar..… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2019/02/update-video-prk-dun-rantau-saya-akan.html">Update [Video PRK DUN RANTAU! "Saya Akan Bertanding Semula" - Dr Streram & "Saya Terima Keputusan" - Tok Mad] SPRM pun belum habis intai kes 90 joterrrr...dan kini SB pula tengah intai kes CIA? CIA itu bukan biasa2 walaun. >> Berita Malay 18Isnin, 18 Februari 2019
Pakatan Harapan Supporters
SPRM pun belum habis intai kes 90juta...dan kini SB pula tengah intai kes Cia...
Kera… Read More...