Sumber berkata Hasanah Ab Hamid dalam tahanan SPRM dan akan dibawa ke mahkamah esok.
PETALING JAYA: FMT difahamkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Datuk Hasanah Ab Hamid, bekas ketua perisikan yang menulis surat kontroversi kepada CIA sebelum pilihan raya umum meminta sokongan AS kepada kerajaan Barisan Nasional.
FMT difahamkan Hasanah, bekas ketua pengarah Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri atau MEIO, unit perisikan sewaktu pentadbiran lepas, akan dibawa ke mahkamah majistret di Putrajaya esok.
Pada Mei, Hasanah menulis surat kepada Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) meminta sokongan Washington kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak di kemuncak kempen PRU.
Surat itu antara lain berkata Najib lebih baik untuk hubungan AS-Malaysia berbanding Dr Mahathir, yang disifatkan sebagai anti-Semitik dan anti-Barat.
Najib menjauhkan dirinya daripada surat itu.
Sejak itu Hasanah berkata surat itu dianggap rahsia kerajaan dan menggesa polis menyiasat kebocoran itu.
Beberapa pemimpin Pakatan Harapan bagaimanapun menuduh Hasanah khianat.
Awal bulan ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkta polis menyoal beberapa pegawai MEIO, termasuk yang ditempatkan di Washington, dalam siasatan ke atas kebocoran itu.
FMT
Related Posts :
Update A game plan hatched by Dr.M-Anwar-Clare to dupe Hadi... >> Berita Malay 18
The Proof Of RM1.4 Million Payments
How Mahathir,Anwar and Clare “Played” Hadi's Islamist Party...
First, they said 1MDB scandal didn’t ex… Read More...
Update [Video Raja Petra pembohong - Dr M] Malam terakhir kempen PH, BN di Semenyih & PAS ada peluang saman lagi... >> Berita Malay 18Sabtu, 2 Mac 2018
KiniTV.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menepis dakwaan beberapa exco Pulau Pinang terbabit dalam siasatan Suruha… Read More...
Update [Video PRK Semenyih Grand Mutakhir] BERANIKAH PAS BERBOHONG LAGI SELEPAS INI? >> Berita Malay 18Jumaat 1 Mac 2019
BERANIKAH PAS BERBOHONG LAGI SELEPAS INI?
Ketika Anwar Ibrahim mula-mula mendedahkan bahawa Pas telah membayar sejumlah… Read More...
Update [Video Didakwa sebab gelar 'ko bodoh', MP DAP pertahan Papagomo] Rasa 'terasing', Pas boleh dilanda sindrom kemurungan. >> Berita Malay 18Sabtu, 1 Mac 2019
Rasa ‘terasing’, Pas boleh dilanda sindrom kemurungan, kata Salahuddin
Rasa ‘terasing’ dan gelisah melihat kekuatan ke… Read More...
Update Wanita murung maut terjatuh pangsapuri >> Berita Malay 18Wanita murung maut terjatuh pangsapuri: GEORGETOWN - Seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat 15 Pangsapuri Marina Tower, Persiaran… Read More...