Update The Game Is On - Kempen Undi @RafiziRamli Untuk Mengangkat DS @AnwarIbrahim Menjadi Perdana Menteri >> Berita Malay 18


CTS tertarik dengan dua video yang kebetulan lalu melalui garis masa laman sosial Twitter, yang mana sekarang terdapat gerakan untuk berkempen menaikkan Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden PKR yang bertujuan untuk memastikan bahawa bakal Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-8 dalam masa terdekat. Tonton video di bawah.



Video pertama memaparkan Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani, dalam ucapan penuh semangat, menamakan Tun Daim Zainuddin sebagai antara individu yang cuba menghalang DS Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri. Beliau berucap pada program dianjurkan di Seremban pada 11/08/2018, untuk menyatakan sokongan kepada pencalonan Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden PKR.

Agak menarik namun tidak mengejutkan apabila Setiausaha Agong UMNO, TS Annuar Musa turut melahirkan harapan bahawa negara memerlukan ketokohan DS Anwar Ibrahim untuk memimpin. Beliau dipetik Sinar Harian, baca di sini, berkata, 
Wawancara Anwar cukup menarik. Idealisme perjuangan tetap segar, sama saperti di tahun 80-an dan 90-an. Malah pendiriannya cukup kejap dalam isu Islam, Melayu, Raja-raja dan ummah. Negara lebih memerlukan beliau kini. Islam, Melayu, Raja-raja, bahasa banyak dikompromikan kerana pimpinan datang daripada parti yang terlalu lemah dan kedudukannya terlalu bergantung kepada sokongan orang lain. Kita terpaksa membayar dgn harga yg mahal jika ini berterusan. 'Please save Malaysia',

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :