 |
Imej via Utusan |
Mata pelajaran Pendidikan Muzik perlu diangkat ke tahap yang lebih baik kerana bidang ini dapat menyumbang terhadap pertumbuhan kecerdasan kanak-kanak, kata Datuk Dr. Amin Senin.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran itu, pelbagai kajian telah dijalankan dan membuktikan bahawa aktiviti muzikal yang dilaksanakan secara terkawal dan bersistem mampu menyumbang ke arah pembentukan dan kemenjadian seseorang pelajar.
“Yang penting, pendidikan muzik perlu dirancang dengan baik terutama aspek pemilihan lagu, jadual lagu, susunan muzik, penggubahan lagu dan disiplin semasa persembahan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian penutup Kolokium Memperkasakan Pendidikan Muzik anjuran Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Teks ucapannya dibacakan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran, Shaari Osman.
Yang turut hadir, Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Dr. Mohd Suhaimi Mohamed Ali.
Untuk rekod, mata pelajaran Pendidikan Muzik diwajibkan kepada semua sekolah rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) sejak 1983.
Objektif kolokium adalah untuk mendapatkan persepsi berkaitan keberkesanan pelaksanaan subjek itu, membincangkan isu-isu yang dihadapi dan mencadangkan kaedah memperkasakan Pendidikan Muzik di sekolah rendah.
Kolokium ini menjadi platform kepada pihak berkepentingan yang membuat dasar, pertubuhan sukarela, alumni serta guru-guru muzik sekolah rendah berbincang dan seterusnya menghasilkan rumusan bagi mengangkat martabat mata pelajaran tersebut.
Sumber: Utusan Malaysia
loading...
Related Posts :
Update Belasungkawa - mangkatnya sultan kesayangan rakyat >> Berita Malay 18Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, mangkat hari ini pada usia 89 tahun, setelah memerintah Kedah selama 59 tahun.
Sultan berjiwa… Read More...
Update SULTAN KEDAH MANGKAT >> Berita Malay 18
Alor Setar - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Ketika ini, Me… Read More...
Update Hormati hak demokrasi akar umbi, Amanah beritahu Zuraida >> Berita Malay 18
Nawar Firdaws
| September 11, 2017
Mereka berhak menyuarakan pendapat walaupun sesetengah pihak tidak menyenanginya, kata Salahuddin… Read More...
Update SULTAN KEDAH MANGKAT >> Berita Malay 18
Alor Setar - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Ketika ini, Me… Read More...
Update Menang PRU, HARAPAN nilai semula kontrak dengan syarikat asing >> Berita Malay 18
Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mengisytiharkan akan menilai semula kontrak yang dimeterai negara dengan syarikat asing, jika berja… Read More...