Update ADUN Melaka Bagi Ceramah Motivasi Ajar Pelajar Maki Ibu Bapa Dalam Hati >> Berita Malay 18



Tular di media-media sosial hari ini ADUN Telok Mas, Melaka merangkap EXCO Pendidikan Sains & Teknologi,  Noor Affendi Ahmad, di dalam video di bawah mengajarkan anak-anak pelajar supaya tidak berakhlak terhadap ibu bapa. Memalukan orang Melaka sahaja.

Video berdurasi 1 minit berkenaan memaparkan ADUN berkenaan sedang memberikan ceramah motivasi dan dipetik berkata,
Marah Cikgu, Marah Mak cakap Mak bodoh dalam hati tak berdosa tau! 
Kita minta pihak yang berkenaan tolong tegur YB berkenaan agar jangan mengajar anak-anak murid untuk berkata 'bodoh' kepada orang tua dan cikgu-cikgu mereka meskipun dalam hati. Adalah dikhuatiri akan hilang rasa hormat mereka pada yang melahirkan, membesarkan dan mendidik mereka.

Subscribe to receive free email updates: