 |
Imej via Harian Metro |
KUALA NERUS 30 Ogos - Kementerian Pendidikan akan terus berusaha mencari jalan meringankan beban guru agar dapat memberi fokus terhadap peranan utama mereka.
Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, ini termasuklah ke arah menyediakan pembantu guru secukupnya kelak untuk mengambil tanggungjawab sebahagian daripada tugasan mereka kini.
Katanya, adalah menjadi matlamat kementerian mewujudkan suasana kondusifi di sekolah bagi guru dan pelajar.
“Jangan merasa terbeban, proses pendidikan harus (dicorakkan) dalam suasana gembira, saling sayang menyayangi, saling hormat menghormati,” ujarnya.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap kepada warga Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tok Beng, dekat sini sewaktu melakukan lawatan mengejut pagi ini.
Yang turut hadir, Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin dan Guru Besar SK Bukit Tok Beng, Abdul Rahman Ali.
Katanya, kajian mendapati 4.4 peratus guru (daripada 48, 258 responden) menghadapi stress namun keadaan yang dilalui turut dikaitkan dengan soal kewangan dan juga tempat tinggal ( keluarga).
Kelmarin ketika menjawab soalan di Dewan Negara beliau berkata, bagi mengatasi masalah itu, kementerian menyediakan kaunselor namun menyedari bilangannya yang kecil, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menambahkannya.
Sementara itu Utusan Malaysia hari ini melaporkan hanya terdapat 326 kaunselor di bawah kementerian itu berbanding 480,000 guru di seluruh negara.
Sumber- UTUSAN ONLINE
loading...
Related Posts :
Update [VIDEO2 & GAMBAR2] Himpunan Mahasiswa Bantah UEC Masjid Negara ke Sogo >> Berita Malay 18
… Read More...
Update Mayat bekas suami jadi baja >> Berita Malay 18Sinar, 21 Julai 2018
Alexander ditetak dengan kapak ketika sedang tidur, sebelum anggota badannya ditanam di kebun sayur untuk dijadikan b… Read More...
Update Mahasiswa IPT berhimpun bantah iktiraf UEC hari ini, ahad >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR, 9 Zulkaedah 1439H, Ahad – “Hidup rakyat, bantah UEC,” demikian laungan semangat ratusan mahasiswa yang berhimpun semal… Read More...
Update Video, sepasang ketam tak mau dipisahkan. Setia.... >> Berita Malay 18
Sabtu 21 Jul 2018
(Foto: Youtube YWL Laughter/Solopos)
SOLO - Kisah cinta romantis ternyata tak… Read More...
Update [SEDARKAN KAFIR] ‘Ada 1001 sebab rakyat mesti TOLAK PH dalam PRK Sungai Kandis’ >> Berita Malay 18
9 Zulkaedah 1439H, Ahad – PAS mempunyai alasan tersendiri tidak menghantar calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, … Read More...