Sumber yang dipetik daripada Utusan Online berkata, kira-kira 50 individu, termasuk kanak-kanak telah ditahan dalam serbuan tersebut.
Katanya, ketika serbuan dijalankan, pihaknya mendapati kumpulan tersebut yang terdiri daripada lelaki dan wanita sedang mengadakan satu upacara keagamaan yang meragukan dan bertentangan dengan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Susulan itu, pasukan JAHEAIK turut merampas beberapa barangan seperti bahan bacaan. Sebarang maklumat lanjut akan didedahkan kemudian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan mengesahkan pihaknya bekerjasama dengan JAHEAIK dalam serbuan berkenaan namun enggan mengulas lanjut.
Berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Syiah adalah sebuah Mazhab berasaskan aliran Syiah Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah atau Imam Dua Belas yang mula aktif di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada 1979.
Ajaran Syiah tidak diiktiraf sebagai sebahagian daripada Islam dan dianggap sesat berdasarkan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996. - Ismaweb