Penyanyi Saleem dilaporkan telah meninggal dunia pagi ini. Saleem, 56, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.15 pagi tadi, di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.
Menurut Harian Metro, khabar dukacita itu disahkan oleh isteri Saleem, Juriah@Julia Bachok.
Saleem atau nama sebenarnya Am Saleem Abd Majeed dirawat di hospital itu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 20 September lalu.
Dalam kejadian di Lebuhraya Grand Saga itu, vokalis kumpulan Iklim itu yang sedang menaiki motosikal dilanggar sebuah kenderaan dari arah belakang yang mengakibatkan sembilan tulang rusuknya patah, dengan satu daripadanya mencederakan paru-parunya.
Menurut Berita Harian, jenazah Saleem akan dibawa ke Surau As-Syakirin Bukit Mahkota, Cheras untuk disembahyangkan dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Bersama-sama Iklim, Saleem mencipta nama sejak tahun 1990-an dengan lagu-lagu popular seperti Suci Dalam Debu, Bukan Ku Tak Sudi dan Selamat Tinggal Penderitaan. - Malaysiakini
Related Posts :
Update ANAK MAT SABU BEBAS DENGAN JAMINAN POLIS >> Berita Malay 18
Anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang ditahan polis selepas disyaki positif ganja telah dibebaskan dengan jaminan polis, p… Read More...
Update Anak Mat Sabu yang ditahan Polis positif dadah telah DIBEBASKAN >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR: Anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ditahan polis selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan pada Jumaa… Read More...
Update [Video 1MDB: Leonardo Dicaprio dipanggil beri keterangan secara rahsia] SKANDAL KEWANGAN TH: Pas rileks, DAP pulak dituduh meroyan? Dana Rakyat benar2 HILANG & Jangan mudah berpuas hati, kata Rafizi. >> Berita Malay 18Sabtu, 5 Januari 2019
TABUNG HAJI: PAS RILEKS, DAP PULAK DITUDUH MEROYAN!
Heh! Nampak sangat jauh bezanya pandangan diantara dua buah pa… Read More...
Update Ekonomi Mencabar 2019, konar baring Guan Eng paling TAJAM dalam sejarah >> Berita Malay 18
Semasa ucapan Tahun Baharu, saya memberi amaran bahawa tahun 2019 adalah tahun mencabar untuk ekonomi negara kita.
Masa itu juga, Gu… Read More...
Update (KES DADAH) 'Anak saya sama seperti anak orang lain' - Mat Sabu >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR: Serah sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
Itu kenyataan daripada ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu, berkaitan penahanan an… Read More...