Ahli Politik sekali lagi bermain dengan api perkauman. Semalam, Ganabatirau Veraman, EXCO Selangor telah membuat tuduhan melulu dengan mengatakan serangan ke atas Kuil di Seafield semalam adalah daripada "a group of Muslim group" (sekumpulan orang-orang Islam).
Hari ini, Menteri Besar Selangor cuba untuk menjernihkan keadaan. Dalam masa yang sama, beliau bertindak sebagai guru tatabahasa. Kata Amiruddin Shari, "mungkin ada kesalahan tatabahasa".
Tidak pasti sama ada Ganabatirau Veraman takut disapina oleh pihak polis kerana tuduhan melampau beliau atau patuh kepada Guru Bahasa beliau, beliau hari ini telah mengubah ayat di atas kepada "a group of gangsters" (sekumpulan samseng).
Anda fikir Ganabatirau Veraman boleh terlepas dengan mengubah perkataan itu? Bukankah beliau sepatutnya meminta maaf kepada orang-orang Islam di Malaysia? Anda rasa?