Semalam, mantan ahli Parlimen Nibong Tebal (Mantan Pemimpin PKR), Tan Tee Beng disoal polis mengenai kiriman Facebook yang mempersoalkan jaket "mewah yang dipakai anak Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa penerbangan ke Australia baru baru ini.
Hebat Malaysia Baru, tanya hal anak Menteri pun jadi kes polis. Dulu pakat persoal beg tangan, jam tangan, seluar dalam coli isteri-isteri Pemimpin BN boleh pula.
Hari ini, SKMM pula siasat pemilik Facebook yang menyiarkan gambar di PRK Cameron Highlands. Bukan siasat insiden dilaporkan, siasat pelapor pulak. Ini sudah seperti kes posmen kena hukum sebab anda tidak suka isi kandungan surat dihantar oleh posmen.
Apakah Kerajaan Pakatan Harapan sedang menggunakan kuasa undang-undang untuk menutup mulut Pembangkang?