Update RM25 Juta Untuk 283 Sekolah Pondok? Alhamdulillah, Asalkan Najib Jatuh >> Berita Malay 18


Maka ... peruntukan RM25 juta untuk 283 buah sekolah pondok yang berdaftar diserahkan oleh Menteri Kewangan Hong Kong, Lim Guan Eng kepada Menteri (Semua) Agama, Dr Mujahid Yusuf Rawa. Maka bertempiklah macai-macai Lim Guan Eng bahawa Lim Guan Eng memertabatkan Islam. Inilah Khalifah zaman moden. Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan (Sekolah-Sekolah Cina) pun hadir sama?

Lim Guan Eng berkata kesediaan Kerajaan Pakatan Harapan memberikan RM25 juta kepada 283 buah sekolah-sekolah pondok menunjukkan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan kepada pendidikan Islam di Malaysia. Ya ka?

Secara purata, satu sekolah pondok dapat RM 88,339.22. Lim Guan Eng memberikan RM12 juta kepada 60 buah Sekolah Menengah Cina Persendirian. Secara purata satu sekolah terima RM200,000. Sekolah-Sekolah Persendirian Cina yang sedia ada yang banyak sumber kewangan, mendapat lebih banyak peruntukan daripada Kerajaan Pakatan Harapan berbanding sekolah-sekolah Kebangsaan, Rendah dan Menengah.

Kesimpulannya, haa tepuk!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :