SEREMBAN - Yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak sepatutnya dipertikaikan kerana ia dipersetujui dalam mesyuarat persatuan itu di sekolah masing-masing, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Dr. Mohamad Rafie Ab Malek.
Beliau yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Ampangan berkata, jumlah bayaran yuran PIBG yang ditetapkan adalah persetujuan bersama di antara ibu bapa dan guru.
"Sebenarnya kutipan yuran PIBG ditentukan dalam mesyuarat persatuan itu di sekolah yang membabitkan ibu bapa dan guru. Cuma, malangnya kemungkinan dalam kebanyakan mesyuarat PIBG, ramai juga ibu bapa yang tidak hadir...itu yang menjadi masalah.
"Harapan saya ialah kalau boleh ibu bapa juga hadir dalam mesyuarat PIBG untuk bersama-sama memberi pandangan. Malah, dalam mesyuarat PIBG boleh untuk mengurangkan yuran PIBG sekali pun. Maka dengan itu segala masalah berkaitan tentang jumlah bayaran yuran dan sebagainya boleh dibincangkan secara bersama...itu adalah lebih baik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra mengedarkan kalender 2019 kepada orang ramai di Pasar Tani Ampangan di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai rungutan sesetengah ibu bapa tentang yuran PIBG sekolah yang dikatakan membebankan mereka (ibu bapa).
Katanya, kebiasaannya yuran PIBG dikenakan untuk satu keluarga, satu yuran, tetapi ada juga PIBG mengenakan yuran tersebut mengikut bilangan anak yang bersekolah.
Bagaimana pun, katanya ini bergantung kepada persetujuan dalam mesyuarat PIBG berkenaan. - Bernama
loading...
Related Posts :
Update [Video RINTIHAN!~Tukar Kerajaan Negeri Kelantan: Peniaga Pasar Pasir Puteh] ‘P107 Sungai Buloh’ belum wujud tetapi BN sudah ada bilik gerakan, soal Bersih. >> Berita Malay 18Jumaat, 27 Oktober 2017
‘P107 Sungai Buloh’ belum wujud tetapi BN sudah ada bilik gerakan, soal Bersih
PETALING JAYA: Gabungan reformasi … Read More...
Update [Video Tun M: PENANGKAPAN PEMIMPIN WARISAN!~SPRM Nak Buktikan Apa] Pesan Mahfuz pada ahli PAS: Undilah HARAPAN. >> Berita Malay 18Jumaat, 27 Oktober 2017
Pesan Mahfuz pada ahli PAS: Undilah HARAPAN
Ahli PAS perlu mengundi Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya … Read More...
Update [Video Perbincangan Bajet Alternatif Pakatan Harapan] SERONOKNYA JADI JHO LOW...berseronok di luar negara dengan wang yang 'dicuri daripada 1MDB', namun pejuang UmnoMelayu 'bermatian' mempertahankannya. >> Berita Malay 18Jumaat, 27 Oktober 2017
SERONOKNYA JADI JHO LOW....
Tidak cukup dengan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang sudah membersihk… Read More...
Update [Video 'Selangor tak ada Umno, PPinang tak dak Umno, tapi boleh jadi negeri termaju' - Azmin] Tun M: Saya tak kata 'Pahlawan Bugis' mencuri...yang saya kata ialah (Perdana Menteri) Najib mungkin berasal dari lanun Bugis. >> Berita Malay 18Jumaat, 27 Oktober 2017
Pahlawan Bugis tidak mencuri, kata Dr Mahathir kepada Najib
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad menegask… Read More...
Update [Video Mukhriz Tun M: JANGAN TERMAKAN JANJI~Bajet Pilihanraya BN Sarat Dengan Gula-Gula] BELANJAWAN ALTERNATIF PH 2018 'Belanja Berhemah, Potong Cukai, Pilih HARAPAN'. >> Berita Malay 18Jumaat, 27 Oktober 2017
Parti Amanah Negara
Suka Halaman Ini · 6 jam ·
Kesatuan pembangkang
KENYATAA… Read More...