PETALING JAYA: Kumpulan ibu bapa menggesa kerajaan menghapuskan mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah, mengatakan “menjadi moral” adalah lebih kepada menghafal definisi untuk lulus dalam peperiksaan.
Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Dalam Pendidikan Melaka mencadangkan agar subjek itu digantikan dengan “kelas biasa” berhubung isu semasa seperti hak asasi manusia, memelihara alam sekitar, menjaga golongan yang memerlukan dan “kejahatan” rasuah.
Pengerusinya, Mak Chee Kin berkata, mengajar pelajar memerangi rasuah, khususnya, “menjadi lebih berguna dalam mendidik anak-anak kita untuk menjadi orang yang menegakkan moral”.
Isu ini dicetuskan oleh peguam Lim Wei Jiet menerusi kiriman Twitternya, yang mempersoalkan perkaitan subjek itu dan bertanya mengapa kerajaan tidak membuat langkah untuk menghapuskannya.
Bercakap kepada FMT, Lim mengakui Pakatan Harapan (PH) tidak berjanji untuk mengenepikan subjek itu tetapi berkata ini bagaimanapun perlu dilakukan.
Setiausaha Kehormat Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Tunku Munawirah Putra berkata Pendidikan Moral tidak dapat dihapuskan dari sekolah kebangsaan kerana ia disenaraikan sebagai subjek teras untuk peringkat rendah dan menengah dalam Akta Pendidikan 1996.
Tetapi Lim berkata akta itu patut dikaji semula “atau, sekurang-kurangnya, mengubahsuai sukatan Pendidikan Moral”.
Pendidikan Moral adalah mata pelajaran wajib SPM untuk pelajar bukan Melayu. Definisi dari perkataan ke perkataan yang tepat diperlukan, di mana pelajar sering diberitahu untuk menghafal kata kunci.
Tahun kebelakangan ini menyaksikan cadangan subjek itu digantikan dengan pelajaran yang akan menangani isu tingkah laku sosial seperti seks siber, penyalahgunaan dadah dan alkohol, kesihatan mental, buli dan gangsterisme.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Guru Kebangsaan, Harry Tan berkata terdapat reaksi bercampur daripada guru berhubung isu itu.
“Tetapi pada umumnya, mereka tidak mahu subjek itu dibuang.”
Beliau bersetuju Pendidikan Moral harus dibuat lebih relevan dari masa ke semasa, walaupun kenyataan daripada menteri pendidikan tahun lalu mengatakan perubahan secara berkala akan dilaksanakan.
Chong Sin Woon, yang memegang jawatan pada masa itu, dilaporkan berkata Pendidikan Moral mampu menghasilkan pelajar berprinsip dan patriotik yang boleh berkomunikasi dan bekerja sebagai satu pasukan.
Beliau juga berkata subjek itu masih selaras dengan keperluan kurikulum pada abad ke-21 dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5.
Sumber: Free Malaysia Today