KUALA LUMPUR: Jumlah pelajar yang mengambil mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) merosot saban tahun, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Beliau berkata, walaupun peranan STEM berkait rapat dengan pekerjaan baharu muncul dan industri digital yang berkembang pesat, namun penawaran bakat dalam bidang itu agak membimbangkan.
Pada tahun lalu, katanya, hanya 44 peratus pelajar Malaysia mengambil bidang STEM berbanding 49 peratus pada 2012.
“Ini merupakan pengurangan purata kira-kira 6,000 pelajar setiap tahun,” katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Kepimpinan Asia Bett dan Ekspo 2019 di sini hari ini.
Pada majlis yang sama, Maszlee mengumumkan pelancaran kempen STEM4ALL, dengan objektif utama untuk membina budaya keterangkuman dalam kalangan semua rakyat Malaysia mengenai pendidikan STEM.
Beliau berkata, sokongan akan diberikan kepada sekolah untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti STEM dan kelab kurikulum yang boleh menimbulkan minat pelajar untuk mendaftar dalam aliran sains.
Maszlee berkata, kerajaan juga mahu memperluaskan akses pembelajaran STEM kepada komuniti luar bandar, keluarga berpendapatan rendah dan pelajar dengan keperluan khas.
“Tahun ini, Kementerian Pendidikan juga akan mempraktikkan pendekatan untuk pergi ke sekolah-sekolah di pedalaman, sekolah-sekolah luar bandar yang hanya boleh diakses menggunakan bot dan jalan tanah merah.
“Kita mahu membawa STEM kepada mereka, dan bekerjasama dengan sekolah untuk menganjurkan aktiviti dan peluang pengalaman untuk mendedahkan STEM dalam kehidupan mereka,” katanya. - BERNAMA
Related Posts :
Update [Video Adakah ini acara untuk LAWAN SIAPA LEBIH RAMAI?] Mana letak syukurnya di himpunan iCERD? UmnoPas mencipta SEJARAH GILA! Belum ada lagi DEMONTRASI desak kerajaan utk BATALKAN sesuatu perkara yg dah DIBATALKAN! Kah3. >> Berita Malay 18Isnin, 10 Disember 2018
Mana letak syukurnya di himpunan iCERD
Himpunan Icerd yang berlangsung semalam sepatutnya berlaku dalam ‘fo… Read More...
Update [Video SILAP HADI cari pasal dengan DAP] Ha, ha, ha 'melayu bangkit' kena GAME dengan Tun M? Melayu telah diperbodohkan Melayu Umno & Pas lagi! Politik Perak 'berpeluh dalam kedinginan'! Singkir MB atau PH tersungkur. >> Berita Malay 18
… Read More...
Update (1 Malam RM1.66juta) PH Kutip RM 1.66 juta jual meja majlis Makan Amal(CASH IS KING) >> Berita Malay 18
CASH IS KING
… Read More...
Update [Video Umno Pas sepatutnya BANTAH Bila Tabung Haji, FELDA & MARA Dirompak?] Krikkk..krikk! Pas Umno gila kuasa, iCERD hanya propaganda mereka utk kepentingan politik, cuba mengelak isu skandal2 rasuah salahguna kuasa para pemimpin mereka. >> Berita Malay 18Isnin, 10 Disember 2018
Krikkk..krikk...
Otai BERSIH
Kalau BANGANG mesti WALAUN Pas... !
Otai BERSIH
Kesialan apa yg mereka nak tunju… Read More...
Update [Video Pencapaian PRU14 bukti DAP diterima Melayu] Himpunan 812, Pesta Melayu puja KEMUNGKARAN, memuja para KORUPTOR dan PENYAMUN! Maka, berhimpunlah secara berjemaah semata2 nak DOAKAN UMAT ISLAM lain yg tak sokong UmnoPas PENDEK UMUR! >> Berita Malay 18Isnin, 10 Disember 2018
Himpunan 812, pesta Melayu puja kemungkaran...
Kita salut pada puak perompak, munafik, berjaya menghimpunka… Read More...