 |
Gambar hiasan |
GURU lelaki di sebuah sekolah menengah agama di Kuala Langat cedera ditikam pelajar tingkatan lima sekolah itu semalam.
Difahamkan, mangsa yang juga guru kaunseling sekolah itu masih dirawat di Hospital Banting akibat insiden berkenaan.
Sumber berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang tidur di sebuah bilik di asrama sekolah itu.
“Motif kejadian dipercayai pelajar lelaki itu tidak berpuas hati kerana dikenakan tindakan buang sekolah.
“Pelajar itu dipercayai menikam mangsa di tangannya tiga kali,” katanya.
Menurutnya, insiden itu turut tular di aplikasi Whatsapp Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu yang mengesahkan kejadian berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Mohd Azizan Tukiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.
Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan mengenai insiden berkenaan dan enggan mengulas lanjut.
“Polis masih menunggu keadaan mangsa stabil untuk direkodkan keterangan.
“Kejadian dipercayai berlaku di antara suspek dan mangsa, jadi polis harus menyiasatnya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya.
Related Posts :
Update Nik Abduh pas bola kat Hadi,Hadi pas pula kat Tuan Ibrahim... >> Berita Malay 18
Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini tampil mengakui rakaman audio yang dikaitkan dengannya sebelum ini.
Dalam… Read More...
Update @NajibRazak - The Phoenix Rising From The Ash >> Berita Malay 18
Bagi pembaca yang mengikuti mitos Greek, pastinya tahu tentang lagenda burung Phoenix, burung api yang dilahirkan semula dari abu. Liha… Read More...
Update Najib sahut cabaran Azmin, turun Semenyih, beribu rakyat sambut >> Berita Malay 18
Tiba-tiba TESCO Semenyih jadi tempat kerumuman ramai manusia!
Semuanya gara-gara kehadiran Najib Abdul Razak, mantan Perdana Menteri.… Read More...
Update [Video Bila untung bagi Pas, akan bekerjasama dengan semua 'kafir': Tun M] Agen CIA, Terima duit UMNO & Jemaah dalam jemaah! Kita tunggu apa pula alasan Pas >> Berita Malay 18Rabu, 13 Februari 2019
Revolusi Anak Muda Malaysia
Dulu Pas berusaha untuk menafikan suara Nik Abduh dalam rakaman rahsia yang telah te… Read More...
Update Guan Eng : ia ditaja oleh Da Ma Cai, syarikat nombor ramalan >> Berita Malay 18
Lawatan polis ke Turki ditaja Da Ma Cai?
Lawatan sambil belajar polis diketuai Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun ke Turki dibayar o… Read More...