Update Sam Ketot Kantoikan Azmin Elak Dari Dikambing Hitamkan >> Berita Malay 18


Daripada Kenyataan Media isu perlantilan Haziq Abdullah di atas, terdapat 5 fakta penting iaitu:

1. Haziq sudah lama berada di dalam PKR sejak 2012, bermula umur 19 tahun, beliau adalah pengasas dan Presiden. Mahasiswa Keadilan, sebuah sayap PKR.

2. Sebelum dilantik bekerja di bawah YB Sam Ketot, Haziq pernah terlibat dengan beberapa pimpinan PKR, antaranya menjadi pelatih (intern) di firma guaman YB Baru Bian, yang sekarang ini merupalan Menteri Kerja Raya, pelatih bersama Lawyers for Liberty (YB Sivarasa Rasiah, Puan Latheefa Koya dan N.Surendran) dan juga pelatih di Pejabat Menteri Besar Selangor YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

3. Haziq tidak pernah menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan perkara ini telah disahkan oleh Datuk Awang Bujang Awang Antek, Setiausaha Eksekutif PBB Sarawak. 

4. Penglibatan Haziq dengan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri DS Nancy Shukri hanyalah sebagai seorang pelatih Perdana Fellow.

5. Penasihat Utama PKR Negeri Sarawak menjelaskan bahawa Haziq tidak pernah keluar dari parti PKR.

Oleh yang demikian, bolehlah dirumuskan seperti berikut:

1. Kalau ada pimpinan PKR berkata tidak kenal Haziq yang merupakan pengasas dan bekas presiden sayap parti PKR, beliau memang kaki kelentong.

2. Sesiapa mendakwa Haziq budak BN baru masuk PKR bolehlah kemaskini fakta, sebab Haziq dari awal-awal baligh sampai sekarang masih dan tidak pernah keluar PKR. Haziq hanyalah merupakan pelatih dengan YB Nancy di Perdana Fellow. Syed Saddiq pun pernah menjadi pelatih program yang sama  di bawah YB Nancy dulu.

3. Azmin berbohong dengan semua orang apabila mendakwa hanya kenal dari jauh sahaja sedangkan Haziq merupakan bekas pelatih beliau di pejabat Menteri Besar Selangor dulu.

Kesimpulannya, anda boleh berbohong pada satu satu ketika tetapi anda tidak boleh berbohong pada setiap masa. Sam Ketot terpaksa mendedahkan semua ini, mungkin tidak mahu jadi kambing hitam.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :