Update Kekanda Wakanda Mujahid Guna Kursus Haji Untuk Ceramah Politik >> Berita Malay 18



Adalah tidak profesional dan beretika bagi Menteri Agama, Mujahid Yusuf Rawa menggunakan Kursus Perdana Haji untuk menyebarkan ceramah politik. Kursus Perdana Haji bukan medan propaganda politik untuk menghasut bakal-bakal jemaah supaya marah dengan Kerajaan terdahulu dan pengurusan Tabung Haji (TH) yang lalu. 

Daripada awal penubuhan sehinggalah hari ini tidak pernah dilaporkan TH rugi, bahkan bermula 2009, keuntungan bersih setelah ditolak cukai dan zakat, keuntungan TH mulai melangkaui angka lebih RM1 billion. Hanya apabila Mujahid naik sebagai Menteri, TH dikatakan rugi, akaun ditipu dan macam-macam tuduhan dan dakwaan. 

Jika benar akaun TH dimanipulasi, Jabatan Audit Negara adalah badan pertama perlu mengeluarkan kenyataan kerana selama ini merekalah yang mengaudit akaun dan laporan kewangan TH. Parlimen juga harus bertanggungjawab kerana dibentangkan dan diluluskan setiap tahun di Parlimen. Sebab itulah yang terbaik tubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) sebagaimana janji Pakatan Harapan juga dalam manifesto mereka. Ada berani Mujahid?

Subscribe to receive free email updates: