Hari ini bermulanya poses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis di Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir Beaufort.
Seawal jam 7.30 pagi para penyokong Barisan Nasional (BN) telahpun membanjiri lokasi tersebut bagi memeriahkan suasana penamaan calon sekaligus menunjukkan tanda sokongan kepada calon parti dengan laungan ‘Radu Tatap Radu’ dan ‘Ubah Balik’.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan hadir bersama bagi mengiringi calon BN, Datuk Mohamad Alamin di samping Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa serta barisan kepimpinan BN/UMNO pusat dan peringkat negeri.
Pusat penamaan dibuka ada pukul 9.00 pagi dan calon-calon mempunyai tempoh selama sejam iaitu sehingga pukul 10 pagi ini untuk mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum Pegawai Pengurus PRK mengumumkan nama calon yang layak bertanding.
PRK Kimanis diadakan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lalu yang mengisytiharkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman ketika PRU-14 sebagai tidak sah dan terbatal.
Ia selepas Mahkamah Persekutuan mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya tersebut, sekaligus menjadikan ia PRK ke-10 selepas PRU-14.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Parlimen P176 Kimanis diadakan pada 18 Januari 2020. Penamaan calon ditetapkan pada 4 Januari manakala tarikh mengundi awal ialah pada 14 Januari.