Hari ini bermulanya poses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis di Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir Beaufort.
Seawal jam 7.30 pagi para penyokong Barisan Nasional (BN) telahpun membanjiri lokasi tersebut bagi memeriahkan suasana penamaan calon sekaligus menunjukkan tanda sokongan kepada calon parti dengan laungan ‘Radu Tatap Radu’ dan ‘Ubah Balik’.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan hadir bersama bagi mengiringi calon BN, Datuk Mohamad Alamin di samping Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa serta barisan kepimpinan BN/UMNO pusat dan peringkat negeri.
Pusat penamaan dibuka ada pukul 9.00 pagi dan calon-calon mempunyai tempoh selama sejam iaitu sehingga pukul 10 pagi ini untuk mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum Pegawai Pengurus PRK mengumumkan nama calon yang layak bertanding.
PRK Kimanis diadakan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lalu yang mengisytiharkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman ketika PRU-14 sebagai tidak sah dan terbatal.
Ia selepas Mahkamah Persekutuan mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya tersebut, sekaligus menjadikan ia PRK ke-10 selepas PRU-14.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Parlimen P176 Kimanis diadakan pada 18 Januari 2020. Penamaan calon ditetapkan pada 4 Januari manakala tarikh mengundi awal ialah pada 14 Januari.
Related Posts :
Update [Videp Siapa letak berhala Taoisme Datuk Gong di surau?] Malam ni UmnoBN tukar tektik nak raih simpati pengundi di Semenyih! Kereta ketua cawangan Umno disimbah cat biru & Kerja bodoh gini, memang kerja UmnoBN. >> Berita Malay 18Jumaat, 22 Februari 2019
Datuk Gong di surau dicuri dari rumah berdekatan
Polis menerima laporan daripada seorang individu 50 tahun menda… Read More...
Update Najib bukan saja tiada gelaran Tun, malah darjah kebesaran yang sebelum ini pun di tarik balik. >> Berita Malay 18Jumaat, 22 Februari 2019
Najib bukan saja tiada gelaran Tun, malah darjah kebesaran yang sebelum ini pun di tarik balik.
Otai BERSIH
… Read More...
Update [Video Lebih 90 % Pengundi Cina Akan Mengundi PH] Lebai..oohh lebai! Nak sokong Tun M kononn! Berapalah kerusi PAS yg ada nak sokong nanti? Nik Abduh: Sikap keras PAS pada DAP amalan sihat. >> Berita Malay 18Jumaat, 22 Februari 2019
Pakatan Harapan Supporters
Patutlah tiba-tiba menyokong Tun M sepenuh hati dan sanggup pula buat cerita konon-kon… Read More...
Update BN TEWAS PRU-14 KERANA FITNAH, JANJI PRU DAN PERPECAHAN MELAYU >> Berita Malay 18
Ahli Majis Tertinggi (MT) UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, tiga faktor utama menjadi penyebab kepada Barisan Nasional (BN) tewas pada P… Read More...
Update BN TEWAS PRU-14 KERANA FITNAH, JANJI PRU DAN PERPECAHAN MELAYU >> Berita Malay 18
Ahli Majis Tertinggi (MT) UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, tiga faktor utama menjadi penyebab kepada Barisan Nasional (BN) tewas pada P… Read More...