Update Gambar Tular Terima Bantuan, Jangan salah faham - Black Mentor >> Berita Malay 18

Terima kaseh Black Mentor kerana sudi mewakili saya untuk menyerahkan bantuan kepada tetangga di kejiranan beliau yang terjejas akibat #PerintahKawalanPergerakan. Saya hargai semangat Black untuk sama-sama membantu kami. Beliau cukup berhemah tinggi dan amat merendah diri. #KitaJagaKita
Gambar Tular Terima Bantuan, Jangan salah faham - Black Mentor

Black Hanifah mohon bantuan kerajaan bukan kepentingan diri, mewakili penggiat seni terjejas.

“Orang ramai salah faham. Maksud saya minta kerajaan bantu melepaskan bayaran atau melanjutkan tempoh pinjaman, bukannya minta duit untuk kepentingan diri,” kata penyanyi, Black Hanifah, 33.


Black atau nama sebenarnya, Mohd Hanifah Md Hanafiah, menyifatkan ramai netizen salah tafsir mengenai niatnya menyuarakan pendapat minta bantuan kerajaan. Ini kerana ramai penggiat seni terjejas ketika berdepan dengan cabaran hidup apabila tiada kerja akibat penularan virus COVID-19.

“Saya bukan minta duit untuk bantu saya, tetapi rakan selebriti yang tidak berkemampuan. Salahkah saya menyuarakan pandangan apabila mengetahui rakan selebriti kekurangan sumber pendapatan. Saya hanya nak bantu meringankan beban mereka, itu sahaja.


“Netizen menilai luaran dan apa yang mereka nampak, banyak perkara tidak tak tahu. Suara saya mewakili sahabat lain kerana ada yang bergantung pada persembahan kecil untuk menyara hidup.

“Tak semua selebriti hidup mewah seperti yang disangka. Saat bergelak ketawa dan seronok dengan hasil lakonan, nyanyian, petikan gitar, kami puji. Tetapi, apabila kami memerlukan bantuan dalam keadaan seperti ini, kami dikeji dan dikecam,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Black menyuarakan pendapat supaya golongan selebriti turut dibantu, namun kenyataannya mengundang salah faham apabila netizen berpendapat kerajaan perlu membantu orang yang lebih susah berbanding penggiat seni.


Teruk dikecam netizen dalam laman sosial, Black berkata, dia agak tersinggung dengan kecaman yang diterima. Malah, penyanyi lagu Aku Rindu Sayang Kamu itu meluahkan perasaan kesal apabila netizen meninggalkan komen dalam gambar anak-anaknya.

“Tidak pasal anak-anak saya menjadi mangsa. Saya terpaksa tutup ruangan komen disebabkan takut salah cakap dan menerima kecaman berterusan. Risau boleh menjadi fitnah,” katanya.

Juara program realiti, Mentor musim ketiga itu berkata, netizen sepatutnya lebih sensitif dengan tidak meninggalkan komen mengguris perasaannya. Jangan heret anak dan keluarganya.

Bagaimanapun, Black minta maaf sekiranya ada yang kurang selesa dengan pandangan yang disuarakan.


Dalam pada itu, Black berterima kasih atas inisiatif kerajaan membantu setiap lapisan rakyat Malaysia ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Subscribe to receive free email updates: