Update UMP SUMBANG 600 HAND SANITIZER UNTUK BARISAN HADAPAN >> Berita Malay 18




KUANTAN : Sebagai usaha membantu petugas barisan hadapan menangani       penularan wabak COVID-19 ketika ini, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyumbang sebanyak 600 cecair pensanitasi tangan (hand-sanitizer) kepada barisan hadapan.


Produk triUMPH adalah hasil inovasi syarikat kerjasama antara syarikat milik penuh UMP Holding
Sdn Bhd, UMP Technology Sdn Bhd dan MNR Multitech Sdn Bhd manakala Germs Free Hand
Sanitizer merupakan produk keluaran UMP Renal Care Sdn Bhd yang merupakan syarikat terbitan
UMP.


Serahan disampaikan Eksekutif Kanan Pejabat Naib Canselor UMP, Encik Saharudin Ramli kepada
YH. Dato Haji Md Yusli Ibrahim Mohd Yunus yang merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada YAB
Menteri Besar Pahang di Wisma Sri Pahang.


Hadir sama Pengurus Besar UMP Technology Sdn Bhd, Encik Muhamad Nizam Abdul Rashid dan
Encik Saiful Anwar Izar dari Bahagian Khidmat Pengurusan di Pejabat Menteri Besar Pahang di.
Encik Muhamad Nizam berkata, produk triUMPH adalah diformulasi dari World Health
Organization (WHO) dan mengandungi kandungan alkohol 70 peratus serta sangat efektif untuk
membunuh virus.


“Sumbangan ini selaras dengan semangat UMP untuk menyumbang kepakaran dan hasil fasiliti
buat komuniti sekeliling,” katanya.


Bagi Encik Saharudin, sumbangan ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial
kepada masyarakat semasa negara berdepan dengan ancaman penularan wabak Covid-19
dengan memberi fokus bantuan terhadap barisan hadapan yang bekerja keras dalam
memutuskan rantaian virus ini.

Sementara itu, produk cecair pembasmi kuman yang dinamakan Germs Free Hand Sanitizer pula
mengandungi ekstrak daun sireh bagi merencatkan pembiakan kuman dan iIanya turut
mengandungi Aloe Vera dan Vitamin E yang sesuai untuk kulit.


SUMBER: PAHANGMEDIA.

Subscribe to receive free email updates: