Update Bapa durjana rogol anak kandung yang tengah berpantang, ugut cederakan cucu jika nafsu buas tidak dituruti >> Berita Malay 18

Lelaki berusia 54 tahun direman seminggu kerana disyaki merogol anak kandungnya yang baru habis berpantang selepas bersalin dalam kejadian yang berlaku Mei 2020 di kediaman mereka.
Bapa rogol anak kandung yang tengah berpantang, ugut cederakan cucu jika nafsu buas tidak dituruti

Lelaki berusia 54 tahun direman seminggu kerana disyaki merogol anak kandungnya yang baru habis berpantang selepas bersalin dalam kejadian yang berlaku Mei 2020 di kediaman mereka di Utan Aji, Kangar, Perlis.

Suspek ditahan di tapak parkir Hospital Tuanku Fauziah (HTF) semalam dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Siasatan juga mendapati, suspek turut mengancam mencederakan bayi mangsa sekiranya permintaannya tidak dipenuhi.

Bimbang dengan ugutan itu, mangsa yang berusia 20 tahun terpaksa merelakan tindakan suspek ketika suaminya tiada di rumah.

Tidak tahan dengan perbuatan suspek, mangsa bertindak membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew mengesahkan kejadian itu tetapi tidak mengulas lanjut.

Sumber: Harian Metro

Subscribe to receive free email updates: