Peguam mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, N Surendran berkata mereka akan membincangkan tindakan undang-undang seterusnya, susulan dakwaan bahawa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Shafee adalah peguam yang mengetuai pihak pendakwaan yang berjaya mensabitkan tuduhan liwat terhadap Anwar.
"Kami akan bertemu dengan Anwar dan segera melihat langkah seterusnya susulan dakwaan itu.
"Kami akan umumkan tindakan yang akan diambil tidak lama lagi," kata Surendran ketika dihubungi
Malaysiakini hari ini.
Beliau berkata mereka akan bertemu dengan Anwar awal minggu depan untuk membincangkan perkara itu.
Katanya, beliau juga difahamkan laporan polis telah dibuat berhubung dakwaan itu dan mereka sedang menunggu pihak polis untuk segera menyiasatnya.
"Ia adalah suatu perkara yang sangat serius. Khususnya ia memberi kesan kepada anak guam kami, Anwar," katanya.
Sarawak Report sebelum ini telah membuat dakwaan bahawa Shafee menerima RM9.5 juta daripada Najib dalam dua bayaran - pada 11 September 2013 dan pada 17 Februari 2014.
Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Abdul Rahman telah membuat laporan polis berhubung dakwaan itu.
Anwar juga menggesa supaya perkara itu disiasat oleh pihak berkuasa.
“Perkara ini perlu disiasat pihak berkuasa pada kadar segera. Apakah tujuan dana besar ini disalur oleh Najib kepada akaun peribadi seorang peguam swasta yang dilantik oleh kerajaan Najib untuk mengendalikan pendakwaan terhadap saya?” soal Anwar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui PKR.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update Pemilihan PKR: Rafizi kena PUKUL DIKEPALA di Keningau >> Berita Malay 18
PEMILIHAN PKR | Pencabar timbalan presiden PKR Rafizi Ramli berkata diserang di Keningau, Sabah tengahari tadi.
Rafizi memberitahu&nb… Read More...
Update M.P UMNO JIKA NAK MASUK BERSATU MASUKLAH SATU DEMI SATU >> Berita Malay 18
HANGPA JANGAN LA MSUK BERKUMPULAN, NAMPAK SANGATLAH !
KALAU NAK MASUK, MASUKLAH SATU DEMI SATU !
TUA DIAAAAA ! MAHADHIR DAH… Read More...
Update Lim Guan Eng Buat Magik, Tiada Bonus Untuk Kakitangan Awam Pada Tahun 2019 >> Berita Malay 18
Dalam pembentangan Belanjawan 2019, Kerajaan Pakatan Harapan telah mengumumkan bonus khas RM500 kepada penjawat awam gred 54 ke bawah dan… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/11/update-kj-hentam-najib-we-lost-because.html">Update KJ hentam Najib: "We lost because of 1MDB, The end" >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menempelak kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baha… Read More...
Update Zaman Malaysia Baharu, Ikon Gay Menari Di Pavillion >> Berita Malay 18
Sinon Loresca icon gay tersohor datang Malaysia siap buat pertunjukan di Pavilion. Mana pihak berkuasa Agama? Video Sinon Loresca … Read More...