Polis menahan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya kerana disyaki memeras ugut dan meminta wang daripada pegawai polis.
Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Machang Bubok, Bukit Mertajam pada 10.15 malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Abd Hamid, suspek dipercayai melakukan kegiatan meminta wang daripada pegawai polis yang kononnya untuk melindungi aktiviti pusat perjudian.
Difahamkan lelaki terbabit bertindak mengugut anggota polis berkenaan dengan memintanya membuat bayaran RM3,000 setiap bulan bagi mengelak ditangkap SPRM.
Dalam serbuan itu polis turut merampas beberapa barang milik lelaki terbabit antaranya kad kuasa SPRM, wang tunai RM3,000, kelongsong peluru 9mm jenis SME,sebuah kereta Volkswagen Polo Sedan serta telefon bimbit.
Nik Ros Azhan berkata, suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu pemerasan.
Related Posts :
Update Saiz Perkhidmatan Awam Bakal Dikecilkan, Bersyukurlah Pekerja Kerajaan >> Berita Malay 18
Seperti dialog dalam filem P. Ramlee, Pendekar Bujang Lapuk, "ini bukan cobaan. Ini betul-betul", itulah juga yang bakal terjadi kepada… Read More...
Update Jom layan Koleksi Gambar-Gambar lucu >> Berita Malay 18
Koleksi Gambar Lawak
… Read More...
Update KOR MING 'EJEN' PERPECAHAN, BERHENTI BERLAKON KONONYA PEJUANG KEBANGSAAN >> Berita Malay 18
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak Datuk Saarani Mohamad berkata, Pengerusi Dap Perak Nga Kor Ming perlu berhenti berlakon kononn… Read More...
Update KOR MING 'EJEN' PERPECAHAN, BERHENTI BERLAKON KONONYA PEJUANG KEBANGSAAN >> Berita Malay 18
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak Datuk Saarani Mohamad berkata, Pengerusi Dap Perak Nga Kor Ming perlu berhenti berlakon kononn… Read More...
Update [Video Ahli Dewan tergelak Agong bertitah SILA DUDUK 😂😂 Agong suruh relaks] Walaun & walauncai kata Rahmatan Lil A'lamin ni agenda Liberal! Hangpa 'nak tuduh' YDP Agong sokong Liberal? Pendekatan ‘Rahmatan Lil Alamin’ sesuai untuk model Malaysia, titah YDP Agong. >> Berita Malay 18Selasa, 12 Mac 2019
Otai BERSIH
Ada Pemimpin ISMA..PAS dok ceramah sana sini, kata slogan Rahmatan Lil A'lamin ni agenda Liberal.. takdak… Read More...