Muhamad Al Fateh Abdullah disahkan menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 12.45 tengah hari ini.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa ketika dihubungi mengesahkan kematian kanak-kanak itu.
“Proses bedah siasat akan dilakukan oleh Unit Forensik HSNI bagi mengetahui punca kematian,” katanya di sini, sebentar tadi.
Semalam, seorang kanak-kanak lelaki sedang bertarung nyawa apabila terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan kerana disyaki didera keluarga angkatnya.
Susulan itu, ibu bapa angkat kanak-kanak terbabit yang berumur 30 dan 34 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.