Pengerusi Petronas dan seorang hakim adalah antara enam tokoh dilantik menganggotai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes kerugian Bank Negara akibat urus niaga mata wang asing pada 1990-an lalu.
Dalam satu kenyataan hari ini Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata enam panel RCI yang dipilih itu ialah:
Menurut PMO, pelantikan Mohd Sidek dan Saw dibuat bagi mewujudkan kesinambungan dalam isu berkenaan kerana mereka pernah menganggotai pasukan petugas khas mengenai perkara sama sebelum ini.
"Keanggotaan ahli-ahli lain adalah dibuat dengan mengambil kira kelayakan dan pengalaman mereka dalam bidang yang berkait rapat dengan siasatan yang akan dijalankan oleh suruhanjaya," kataya.
Kenyataan itu menyebut penubuhan RCI itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan siasatan dibuat mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119), berkuat kuasa mulai 15 Julai lalu.
RCI itu, kata PMO, dikehendaki menyiapkan siasatan itu dalam tempoh tiga bulan.
Bidang tugas RCI itu pula termasuk menentukan kesahihan dakwaan kerugian akibat perdagangan mata wang asing yang dialami bank pusat itu pada 1990-an serta kesannya kepada ekonomi negara.
Tugas lain yang ditetapkan ialah:
Read More / Baca Lagi >>
Dalam satu kenyataan hari ini Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata enam panel RCI yang dipilih itu ialah:
- Tan Sri Mohd Sidek Hassan - Pengerusi Petronas
- Datuk Kamaludin Md Said - hakim mahkamah tinggi
- Datuk Seri Tajuddin Atan - Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad
- Tan Sri Saw Choo Boon - Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
- Pushpanathan S A Kanagarayar - anggota Institut Akauntan Malaysia, Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia serta bekas rakan kongsi firma Ernst & Young
- Datuk Dr Yusof Ismail - Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan