Ia bertitik tolak daripada sikap 'Islamofobia' dan melanggar dasar antarabangsa mengenai diskriminasi, kata Art Harun

PETALING JAYA: Peguam dan pengulas politik Azhar Harun menimbang mengenai isu wanita Islam yang dilarang memakai tudung ketika bekerja di hotel dengan berkata ia adalah “kesan Islamofobia”.
Menurutnya, dasar itu “diskriminasi berdasarkan agama dan jantina”.
“Tidak menjadi hal jika hotel mengikuti prosedur operasi standard (SOP) antarabangsa, tapi mengapa wanita tidak boleh bertudung ketika bertugas sebagai kakitangan barisan depan di hotel antarabangsa?” soalnya mengenai SOP yang diamalkan oleh sebuah hotel terkemuka.
Azhar yang lebih dikenali sebagai Art juga mempersoalkan rasional di sebalik dasar hotel itu.
“Adakah mereka tidak cukup berpenampilan kemas jika memakai tudung? Adakah tudung menjejaskan keupayaan mereka melayani pelanggan hotel?
“Adakah mereka tidak mesra jika memakai tudung?” soalnya sambil menambah beliau faham jika larangan itu untuk wanita yang berpurdah.
“Tetapi kenapa tudung?” soalnya lagi.
Isu tersebut dibangkitkan dalam laporan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) baru-baru ini.
Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, beliau menerima aduan daripada pekerja hotel berhubung larangan memakai tudung di tempat kerja.
Ia disusuli seorang aktivis Dr Rafidah Hanim Mokhtar mengecam dasar itu kerana bertentangan dengan status Islam sebagai agama Persekutuan.
“Tiada penjelasan munasabah mengapa tudung dilarang dalam persekitaran kerja mereka.
“Hanya kerana berada di sektor swasta tidak mengecualikan hotel itu menghormati hak seseorang untuk mengamalkan ajaran agama mereka,” katanya sambil menambah hujah itu juga boleh terpakai kepada Malaysia Airlines.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update “A Stupid Little Boy”... >> Berita Malay 18
Mahathir May Target
The Royal House’s Business...
Johor Crown Prince Tunku Ismail Sultan Ibrahim should have kept his mouth shut an… Read More...
Update Salah faham kerangka asas CEFR di kalangan guru, ibu bapa >> Berita Malay 18
CEFR tu apa? (Part 1)
I'm going to start a series of Facebook entries to address CEFR, CEFR-aligned curriculum and anything related to th… Read More...
Update Polis reman anggota Jabatan Amal Pas KES FITNAH [Video Hatta Ramli: PRK Sandakan] >> Berita Malay 18Rabu, 8 Mei 2019
Jika Bendahari PAS Pusat Razman Zakaria pon pernah kalah saman fitnah diarah bayar RM200,000 kepada Nizar, inikan pula an… Read More...
Update Eh, eh, UMNO PAS bisu je? Umno tibai duit zakat, Pas pula mati2 sokong Umno! Iksim berkeras enggan diaudit MAIWP & BN belanja RM8 billion bina rumah PR1MA tapi hanya 1.6% siap dibina? Rakyat dah lama kena kencing HANCING sebelum Umno TERSUNGKURRR [Video Anwar: PRK Sandakan] >> Berita Malay 18Rabu, 8 Mei 2019
Terbongkar! BN belanja RM8 billion bina rumah PR1MA tapi hanya 1.6% siap dibina. Rakyat kena kencing kuat
… Read More...
Update Jom Lihat Keindahan Tasik Di Tengah Gurun Padang Psir Sahara >> Berita Malay 18
Tasik Ounianga terdiri daripada 18 tasik yang terletak di tengah-tengah Gurun Sahara, di rantau yang sangat gersang diutara Chad mana purat… Read More...