Antaranya ialah sebuah rumah, pejabat dan kawalan keselamatan. Dari segi kawalan keselamatan, sebagaimana yang dinikmati oleh seorang lagi bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi, ia merangkumi pengawal peribadi, beberapa orang anggota Unit Tindakan Khas atau UTK dan pengiring bermotosikal.
"
"
<body><div id=\"overlay\"><div id=\"my-ad-slot\"><script type=\"text/javascript\">var inmobi_conf={siteid:\"1de6707b1bf649a79978761a2b81cf62\",slot:\"14\",adtype:\"int\"};</script><script type=\"text/javascript\" src=\"http://ift.tt/2htaS8r type=\"text/javascript\">_inmobi.addEventListener(\"close\",function(a){});</script></body></html>">
Pengiring bermotosikal ditarik lama sebelum ini, manakala pasukan UTK ditarik balik beberapa hari yang lalu.
Sementara Tun Abdullah yang menjadi Perdana Menteri selama enam tahun masih menikmati keistimewaan penuh, Tun Mahathir yang berkhidmat cemerlang selama 22 tahun hanya diberikan keistimewaan pada tahap paling minima iaitu seorang pengawal peribadi dan dua anggota polis biasa (bukan UTK) pada ketika ini.
Sebelum ini khidmat tukang masak yang sudah sekian lama berkhidmat dengan beliau turut ditarik balik.
Penarikan balik semua keistimewaan itu tidak lain ialah untuk tujuan melemahkan semangat Tun Mahathir dalam perjuangannya untuk menyelamatkan Malaysia, di sebalik beliau semakin hari semakin diberi sambutan hangat oleh rakyat di pelbagai pelusuk negara.
Apa pun yang dilakukan oleh Tun Mahathir selepas persaraannya, beliau seharusnya dihormati sebagai bekas Perdana Menteri dengan terus mengekalkan semua keistimewaan yang berhak diterimanya.
Menarik balik semua keistimewaannya hanya kerana berbeza pendapat dalam politik tidak sesekali memberi kelebihan kepada Najib dalam usaha beliau mengekalkan kuasanya.
Selain rasa simpati rakyat akan melimpah kepada Tun Mahathir, tindakan demikian malah lebih mencemarkan nama Najib di mana beliau dilihat tidak cukup matang dan sedikit kebudak-budakan dalam berpolitik.
Tun Mahathir ketika berkuasanya pernah ditentang oleh Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Tun Hussein Onn, tetapi beliau tidak mengusik sama-sekali keistimewaan kedua-dua bekas Perdana Menteri itu.
Tun Abdullah Badawi ketika ditentang oleh Tun Mahathir turut tidak berbuat apa-apa mengenai keistimewaan pendahulu yang kemudian bertukar menjadi musuhnya.
Hanya Najib yang seperti kebudak-budakan dan tidak cukup matang dengan bertindak menarik satu demi satu keistimewaan lawan politiknya yang merupakan bekas pemimpin yang pernah berjasa kepada negara.
Read More / Baca Lagi >>