Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mencadangkan supaya kerajaan menapis (sensor) sahaja perkataan ‘Jho Low’ dan ‘1MDB’ dalam internet untuk mengelakkan skandal buruk institusi tersebut terdedah dan di ketahui umum.
Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak baru-baru ini yang dilaporkan berkata bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyiasat portal berita The Malaysian Insight (TMI) setelah ada pihak membuat laporan polis.
Namun demikian umum tidak diberitahu apakah hujung pangkal laporan terbabit, tetapi banyak pihak percaya bahawa ia adalah berkaitan 1MDB .
“Ini berlaku selepas perwakilan Umno berbahas di perhimpunan agung mereka, mendesak pihak berkuasa menyiasat TMI atas dakwaan menghina kepimpinan Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Bagaimana mungkin segelintir pemimpin Umno ini tidak sedar bahawa bukan sahaja TMI, malah seluruh dunia sedang bercakap tentang skandal 1MDB yang mengaitkan Najib dan isterinya, Rosmah Mansor?
“Atau adakah ini suatu komplot terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang isterinya Faridah Begum didakwa perwakilan merupakan tuan punya TMI? kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
Adakah SKMM dan agensi berkaitan turut mahu menyoasat portal-portal berita dan juga media-media sosial termasuk Facebook, Twitter dan Google kerana menularkan berita penuh skandal membabitkan Najib dan keluarganya? Apatah lagi dalam keadaan pilihan raya bakal berlangsung tidak lama lagi, kata beliau dalam kenyataan tersebut.
“Sekiranya siasatan ke atas TMI bertujuan memastikan kemenangan Najib dalam PRU akan datang, maka mungkin pentadbiran Najib Razak perlu menghalang penyiaran perkataan ‘1MDB’ dan ‘Jho Low’ di dalam internet. Ini mungkin cara yang jauh lebih berkesan.
“Juak-juak Najib mesti mengakui bahawa mustahil untuk menyembunyikan apa-apa pun dalam era internet ini. Kebenaran pasti akan ditemukan.
“Semakin galak mereka mahu menyorok, semakin banyak akan terdedah sewaktu pilihan raya nanti,” katanya lagi.