TANGKAK: Sebuah kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang pihak berkuasa di Kilometer (KM) 151.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat sini, bukan sahaja dirosakkan, malah komponennya turut dicuri.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri, berkata kejadian itu disedari kira-kira jam 9.35 pagi tadi apabila Unit Peronda Lebuhraya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pusat kawalan operasi lebuh raya berkenaan.
"Sehubungan itu, sebuah kenderaan peronda lebuh raya yang dalam tugas rondaan dari Ayer Keroh, Melaka ke Pagoh, Johor digegaskan ke lokasi terbabit.
"Ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 9.50 pagi, mereka dapati tiang yang menempatkan kamera sistem AES terbabit sudah tumbang dipercayai akibat perbuatan khianat," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohad Idris berkata, siasatan awal juga mendapati beberapa komponen sistem terbabit termasuk kamera yang digunakan untuk merakam pesalah lalu lintas turut hilang.
"Polis tidak menolak kemungkinan perbuatan khianat terbabit dilakukan antara malam tadi hingga pagi ini. Pihak polis masih menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung kejadian berkenaan.
"Kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya. - BH Online
Related Posts :
Update [Video Rafidah Aziz~ Ucapan Pertama Selepas Di Pecat Keahlian Di Taman Tun Dr Ismail] Pagar kubur Nik Aziz dikunci, halang Mahathir ziarah & Selamat Tinggal Najib! >> Berita Malay 18Ahad, 6 April 2018
Rafizi Ramli
Suka Halaman Ini · 19 jam ·
Sejak FGV disenaraikan dalam tahun 2012, Kumpula… Read More...
Update [Video Tun Mahathir~ Video Penuh Ucapan Program Bersama Rakyat KELANTAN & War Room, 'Veteran UMNO Dipecat'] Tiada 'penjara' dapat sekat keputusan, kata Hamid Albar. >> Berita Malay 18Ahad, 6 Mei 2018
Tiada 'penjara' dapat sekat keputusan, kata Hamid Albar
Sebarang tindakan seperti amaran atau 'buang' tidak akan dapat … Read More...
Update Detik-detik banduan cabut lari semasa perbicaraan, nekat terjun dari tingkat 2 >> Berita Malay 18
… Read More...
Update HUTANG NEGARA ZAMAN TUN M 103 PERATUS >> Berita Malay 18
Kuala Lumpur – Pembangkang lupa hutang negara di bawah pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah 103 peratus berbanding 50.8 peratu… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/05/update-video-ribuan-tunggu-daim-di-ayer.html">Update [Video Ribuan tunggu Daim di Ayer Hitam] Najib mungkin guna MKN & jika "Dia akan larikan diri. (Kita kena) heret dia balik untuk dibicarakan menurut undang-undang," kata peguam. >> Berita Malay 18Ahad, 6 Mei 2018
Najib mungkin guna MKN, kata peguam
Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla memberi amaran kepada orang ramai mengenai dakwa… Read More...