Khazanah Nasional Bhd berkata, Lembaga Pengarah dan pengurusan Malaysia Airlines mengemukakan pelan utamanya kepada Khazanah selaku pemegang saham tunggal dan pembiaya penstrukturan semula.
Khazanah dalam satu kenyataan berkata, artikel bertajuk “Khazanah meddling led to Bellew exit?” yang disiarkan pada 17 Oktober lalu merupakan spekulasi dan berdasarkan sumber tidak dinamakan.
“Ia salah dan mengelirukan,” kata Khazanah.
Menurutnya, Lembaga Pengarah dan pengurusan Malaysia Airlines mengemukakan pelan utamanya kepada Khazanah, sebagai pemegang saham tunggal dan pembiaya penstrukturan semula itu.
“Secara kolektifnya, kami bekerjasama rapat bagi menjayakan penstrukturan semula itu sehingga hari ini,” katanya.
Khazanah juga menjelaskan tiada pegawai Khazanah dihubungi untuk memberi ulasan sebelum penyiaran artikel spekulatif terbabit.
Cabang pelaburan kerajaan itu berkata, ia mematuhi rangka kerja kelulusan dan tadbir urus digariskan kerajaan menerusi Pelan Pemulihan MAS yang dikeluarkan pada 29 Ogos 2014 dan Akta 2015 Malaysian. FMT