Beliau yang juga pemimpin nombor dua parti itu berkata, di sesetengah tempat Umno akan berhadapan dengan risiko kekalahan dalam penjara tiga penjuru.
“Umno jangan mudah selesa kerana menghadapi pertandingan lebih dua penjuru.
Justeru, tambah Zahid Umno perlu mengukuhkan parti itu daripada dalam dan tidak hanya mengharapkan faktor luaran sahaja kerana pembangkang akan menggunakan pelbagai cara untuk menang.
Namun, katanya akar umbi parti dan rakyat harus sedar Umno lebih fokus dan berpusat jika dibandingkan dengan pembangkang yang hanya pandai mempermainkan isu.
Beliau juga mendakwa pembangkang akan menggunakan serangan saat akhir yang mampu mengalih sokongan pengundi atas pagar
“Kita perlu sedar dengan taktik pembangkang yang sering kali menggunakan kejutan serangan saat akhir yang mampu mengubah sokongan pengundi atas pagar.
“Hinggakan ada orang kita terperangkap dengan percaturan mereka,” katanya.
Malah Zahid turut menggesa ahli Umno menggunakan media sosial untuk membalas serangan dan penipuan pembangkang.
“Jentera parti haruslah menghidu lebih awal sebarang isu dan pembohongan yang dimainkan pembangkang kali ini, terutama di media sosial.
“Sediakan jawapan dan serang balas setiap fitnah dan tohmah. Umno haru memanfaatkan media sosial,” katanya.
Dalam pada itu, Zahid secara sinis berkata Umno sekarang tidak seperti dahulu. Katanya itu merujuk kepada bekas presiden Umno Dr Mahathir Mohamad, walaupun Zahid tidak menyebut nama pemimpin itu.
Read More / Baca Lagi >>